Saturday, November 7, 2009

CERITA TEMUDUGA NAK JADI CIKGU

Assalamu'alaikum semua..

Alhamdulillah, saya sihat sangat hari ni..Anda semua sihat?


"Sihaaatt..."


Alhamdulillah..Sihat la kan? ni boleh buka blog lagi ni..sihat la tu =)..Hari ni saya x mau intro panjang2 la.terus nak cerita, CERITA TEMUDUGA NAK JADI CIKGU..


Bukan ada apa yg signifikan pun masa temuduga tu sebenarnya..tapi saja ja nak kongsi cerita.sebab masa hari temuduga tu rasa seronok sangat.kenapa?sebab x sangka jumpa ramai kawan2 (^^,)..Antara yg ditemui, kawan2 SMKAY (Farehah, Sam, Farah, Najwadi) n kawan2 UM (Asela,Shahda, Azie, Kak Zatul, Kak Muniroh dan ada jugak yg xtau nama cuma cam muka ja especially ustaz2 AI)
Hari tu pukul 7a.m lagi saya dah tercegat kat kawasan BTPN Kedah (semangat betul (^^,))..Mula2 sekali saya jumpa dgn Azirah (kesian dia, jauh datang drp Bayan Lepas. Lagi jauh drpd saya)..Lepas tu baru yg lain2 datang. Excited sgt jumpa dgn diorang semua.
8.oo a.m:
Masuk ke dewan untuk ujian INSAK:
Soalannya betul2 mensahsiahkan diri untuk menjawab 135 soalan dalam masa 30min.Apapun, jazakillah khair untuk Mokda n Asela yg bagitau saya pasal buku INSAK yg ada dijual di kedai buku.Jazakallah khair, juga untuk paksu yg tolong belikan buku tu utk saya.Free je paksu bagi saya =). Walaupun soalannya tidaklah serupa tetapi cukup untuk memberi gambaran kpd saya soalan sebenar dan membuatkan saya rasa lebih yakin untuk menjawabnya.Alhamdulillah, syukur sgt...
10.00 a.m:
Bergerak ke bilik temuduga (untuk pemegang PTPTN spt saya je =))
Berpisahlah kami dgn Asela & Azie sbb diorang budak2 KPM =). Berdebar jugak masa dlm perjalanan nak ke bilik temuduga tu. Sampai di sana ada 4 bilik. Saya dapat bilik yg ke4, maknanya panel yg ke4 lah.Sama dgn Shahda, Farehah n Sam. Ikut turutan nama antara kami, Sam dulu pastu Farehah, saya n last Shahda. Sepanjang tunggu turn tu saya rasa tenang je. Sebab ada ramai kawan2 yg dikenali yg jugak kelihatan tenang. Terima kasih untuk mereka semua sebab secara tidak langsung menjadi kekuatan saya. Shahda yg banyak membantu saya, berkongsi pengetahuan tentang banyak fakta2 mengenai pendidikan dan byk lagi la..Alhamdulillah, semua tu berguna kpd saya semasa ditemuduga. Jazakumullah khair
12.35 tgh hari:
Tibalah turn saya.. Ketuk pintu dan masuk dgn tertibnya (^^,).. Serahkan fail di meja penemuduga dan duduk di kerusi juga dgn sangat tertib =)..
Saya ditanya mengenai PIPP teras ke2, sistem meritokrasi, nisbah 60:40 bidang sains dan sastera, ke'available'lan saya untuk di hantar berkhidmat ke Sabah atau Sarawak (^^,), sumbangan saya dalam ko-k di peringkat sekolah menengah n universiti..
Last2 kena jugak la buat pantun serangkap =)
Saya sempat bagi pantun copy jela..
"2 3 kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
2 3 boleh kucari,
manakan sama encik2 berdua seorang"
Hehe..Nampak sangat pantun hentam.. Apa2 jelah..yang penting, saya telah berjaya melaluinya dgn penuh ketenangan..Alhamdulillah..Terima kasih Allah..
Juga kalungan terima kasih seinfinitinya buat mak abah n abang saya yg terlalu banyak memberi sokongan dan semangat kepada saya..Jazakumullahu khair kathira..
Salam sayang semua...

Wednesday, October 28, 2009

Di Persimpangan...



Al-Fatihah:6


"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"


Ingat tak kita pada ayat ini yang kita ulang sebut sekurang-kurangnya 5x dalam sehari. Justeru, fahamkah kita kenapa menyebutnya?

Pernahkah kita suatu ketika berada di satu simpang dan kita keliru memilih antara keduanya? Namun berbekalkan iman yang masih bersisa tanpa mengira sedar atau tidak, kita memilih seperti mana tercatat dalam As Syams;

"...maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu)..."(91:8-9)



Kita akhirnya memilih jalan orang-orang yang beruntung..Alhamdulillah, benar sekali pilihan itu. Namun, setelah membelok di simpang beruntung itu, kenapa pula kita takut untuk meneruskannya?


Melihatkan jalan yang asing itu, kita jadi ragu-ragu dan keliru.

"Mahu terus atau berpatah balik?"

Kita jadi takut melihatkan lorongnya yang bersimpang siur. Kita mengenang semula doa-doa kita dahulu;



"tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

"Tapi mengapa jalan ini bersimpang siur?"

"Benarkah ini jalannya?"

"Dulu ramai yang menemani kita sepanjang jalan itu tapi di jalan ini kenapa amat sedikit sekali?"

Kita bertambah-tambah keliru dan takut..

"Bagaimana?"

"Mahu terus atau berpatah balik saja..?"

"Sesungguhnya orang-orang yang berbalik (kepada kekafiran) setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitanlah yang merayu mereka dan memanjangkan angan-angan mereka"

( Muhammad: 25)


AWAS! Syaitan itu musuh utama. Nekadnya syaitan menyesatkan anak adam sehingga ke pembuluh darah kita didiaminya!


Justeru, bagaimana mencari kekuatan dan keberanian untuk terus berada di jalan yang sukar itu?

Ingatlah Allah tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Tertulis jelas dalam kalamNya..

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu"

(Muhammad:31)


Nah, sudah jelas lagi tidak mengelirukan! Jalan lurus itu rupanya banyak ujian.Pasti ujian itu untuk menentukan siapa yang hebat! Mengapa begitu?

Mengapa tidak?

Di sekolah juga cikgu adakan ujian dan peperiksaan untuk menentukan siapa yang paling hebat..

Jadi, mengapa termenung lagi? Ayuh! teruskan langkahmu di jalan lurus ini..

Ya, mari sama-sama teruskan!

Lalu kita mara sedikit ke hadapan. Tiba-tiba ujian itu benar-benar menyekat jalan. Maha Besar Dia..Ujian itu teramat payah! susah! kita jadi lemah!


"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman"

(Al-Imran: 139)


Tapi ujian itu benar-benar payah. Sukar sekali melaluinya. Apakah kesusahan itu sementara atau selamanya?

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

(Al-Insyirah: 5)


Yakinlah dengan janjiNya.. Mengapa tidak? Sedangkan ayat itu diulangiNya lagi dalam ayat yang seterusnya..

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(Al-Insyirah: 6)


Justeru, yakinlah.. Apabila kita sampai pada satu titik kesusahan, berbahagialah kerana kesusahan itu adalah pintu masuk di mana jalannya menuju kesenangan. Lambat atau cepat tiba pada titik kesenangan itu adalah bergantung kepada pendek atau panjangnya jalan tersebut..


Namun usah gusar..Pujuk hatimu untuk bersabar...


"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"

(Muhammad:7)


Benarkah? Mengapa Allah berjanji menolong sedangkan ujian itu untuk memilih orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar?



"Yang demikian itu kerana Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman ; sedang orang-orang kafir tidak ada pelindung bagi mereka"

(Muhammad:11)


Ya,ayuh! kita masuk di pintu kesusahan ini untuk mara ke jalan yang hujungnya bahagia!


Ayuh kita jadi Ansarullah!!! Nahnu Ansarullah!!

"Sekiranya besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya"

(IMAM AL-GHAZALI)


Kita ni kadang-kadang berdoa tetapi tidak tahu apa yang kita minta. Bila Allah makbulkan doa kita, kita terpinga-pinga dan tertanya-tanya kenapa Allah buat kita begitu? kenapa Allah uji kita begitu?


Di dalam doa kita meminta,


"Ya Allah, jauhkanlah aku dari kemaksiatan dan kemungkaran.Jadikanlah aku hambaMu yang beriman.."


Kemudian, tidak berapa lama takdir Allah memutuskan kita tidak dapat lagi meneruskan sesuatu yang sebelum ini kita lakukan dan amat suka dan sayang kepada perkara tersebut tetapi sesuatu yang kita suka itu tanpa kita sedar/ mungkin kita lupa/ sengaja buat-buat lupa adalah perkara yang menghampirkan kita kepada kemaksiatan dan kemungkaran.. Tetapi kita yang tidak menyedari hakikat itu merasakan Allah berlaku tidak adil kepada kita.. Kita merasakan Allah selalu menguji kita dengan kesusahan. Tetapi kita lupa/ mungkin tidak perasan, apa yang berlaku itu adalah sebahagian daripada doa kita yang telah Dia makbulkan. Alangkah tidak bersyukurnya kita! Pun begitu masih pula memfitnah Allah tidak mahu/ lambat memakbulkan doa kita hanya kerana apa yang kita minta dan sangat mahukan itu tidak dimakbulkan Allah sedangkan apa yang kita minta itu hanya akan mendekatkan kita kepada kemaksiatan dan kemungkaran. Dan kerana itulah Dia tidak memakbulkannya.Tetapi kita tidak mengetahuinya sedangkan Allah Maha Mengetahui.Oleh itu, perhatikanlah setiap nikmat dan musibah yang dikurniakan Allah kepada kita kerana seringkali kita terlepas pandang menggunakan mata hati, bahawa ada bahagia di sebalik musibah yang menimpa.. Itulah tanda kasih sayangNya yang selalu kita lupa..Lupa untuk bersyukur!

Manusia mudah lupa!!!

Tuesday, October 27, 2009

DUGAAN KASIH..





Assalamu'alaikum WBT...
Salam kasih untuk semua..


Dah lama x post nasyid pilihan.. Kali ni nasyid yang dipilih adalah 'Dugaan Kasih' daripada kumpulan Haikal.. Untuk sesiapa yang pernah berada dalam situasi ini, nasyid ini istimewa didedikasikan untuk anda.. Dengarlah nasihat drp Haikal ni baik2 ye (^^,)..Jangan bersedih... Bak kata Haikal, "Tiap ujian pembuka jalan untuk kembali kepada Tuhan.." Jadi, mari jadi hamba yang bersyukur atas Kasih sayangNya!..



Mari tengok liriknye..


Haikal - Dugaan Kasih

Wahai teman usah kenangkan,
Kisah cintamu yang amat memilukan,
Ditinggalkan kekasih hati,
Impian hidup tiada erti lagi,


Diri kecewa hampa dan duka,
Derita seakan tiada hujungnya,
Arah hidupmu tidak menentu,
Tiada insan dapat membantu,
Chorus:
Bukankah ini suatu dugaan,
Dari Tuhan yang pengasih penyayang,
Kita sekadar dapat merencana,
Hanyalah Dia yang menentukannya,


Titis air mata jangan dipersia,
Curahkan hanya kepada Yang Esa,
Semoga hidup kan lebih sempurna,
Sinar bahagia pasti menjelma,


Suburkanlah iman di hati,
Selalu menginsafi diri sendiri,
Tiap ujian pembuka jalan,
Untuk kembali kepada Tuhan...



Ingat pesan saya, jangan bersedih! Dunia ini bukan selamanya akan jadi istana kita.. Kita akan kembali ke kampung akhirat yang telah lama kita tinggalkan... Alhamdulillah Allah beri peluang untuk kita kembali kepadaNya..

MENCARI DIA

Selalu aku mendengar mereka berkata,

"Allah itu ada di mana-mana"

"Tapi di mana?"

"Allah itu ada di sekeliling kita"

"Tapi di mana?"

"Allah sentiasa ada di sekeliling kita"

"Iya..Tapi di mana?"

Berulang kali aku bertanya,

Jawapan mereka tetap sama..

Di mana-mana..

Aku bosan,tidak mahu lagi bertanya..

Kata mereka, "di mana-mana"

Kelak jika aku ditanya, Allah di mana?

Akan kujawab seperti kata mereka,

"Di mana-mana.."

Ke mana-mana aku ditanya,

Jawapanku mudah.."Di mana-mana.."

Seketika aku bertanya di dalam doa,

"Ya Allah, kata mereka Kau ada di mana-mana, awaslah solatmu, jangan leka!"

Aku jadi tidak takut untuk leka kerana aku masih belum mengerti, "Engkau di mana?"

Seketika juga di dalam hatiku bergema,

"Allah ada di mana-mana.."

Dalam matamu yang kau pinjam penglihatannya untuk menatap dunia..
Dalam telingamu yang kau pinjam pendengarannya untuk mendengar bisik cinta dunia..
Dalam udara yang kau sedut untuk terus mendampingi dunia...
Dalam airmatamu yang kau alirkan saat kecewa dengan janji palsu dunia..
Dalam darah yang mengalir di seluruh urat jiwamu yang mencintai dunia..

"Benar!"
Allah ada di mana-mana..
Allah ada dalam diriku yang diciptakanNya..

Bergema dan terus bergema..

Matamu yang melihat..
Telingamu yang mendengar..
Jantungmu yang berdegup..
Darahmu yang mengalir..
Siapa yang menciptakannya?

"Allah"

Di situlah Dia..
Yang kau cari sekian lama,
Akhirnya kau temui jua...

Dalam dirimu ada Dia, tiada satu pun tanpaNya..
Hatta tangan yang menulis ini jua...

Lalu kusujud..
Dengan jiwa yang hanya mengingatiNya..
Dengan hati yang hanya mencintaiNya..

Tuhan,jika selama ini aku leka dalam solatku, Kau ampunkanlah.. kerana aku tahu,solatku selalu amat dibayangi cerita duniaku yang amat sedikit sekali kutinggalkan ketika mengadapMu..Ampunkan aku ya Allah...

"Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur"
(Al-Mulk:23)

Thursday, October 22, 2009

KEMBALI BERPAUT..


Ya, mari lihat hati kita..MasyaAllah, koyak rabak sana sini..Mari baiki bersama! Moga cinta di hati hanya untuk Illahi.. Dan tak mungkin lagi berpaling pada janji palsu duniawi..

ALANGKAH SUNGGUH!
Kusangka berpaut pada dahan yang teguh,
Rupanya bertaut di ranting yang rapuh,
ALANGKAH SUNGGUH!
Ranting reput akhirnya kujatuh..
ALANGKAH SUNGGUH!
Kini kukembali berdiri ampuh,
Setelah kutemui tunjang yang utuh,
Sungguh akan kugenggam kukuh,
Bukan anganan tetapi sungguh-sungguh,
ALANGKAH SUNGGUH!
Kini kugerakkan seluruh tubuh,
Mencari cintaMu untuk kusentuh,
Biar sujudku berpanjang ke subuh,
Asal kubertemu kasihMu untuk ku berteduh..
Ya Rabbi,
Tidak mahu aku terus lumpuh,
Meraih cintaMu segalanya pasti kurempuh,
Tidak mahu lagi aku terjatuh,
Kerna luka semalam parutnya masih belum pun sembuh!